Monday, July 30, 2012

Double Accident!!


Assalamualaikum...


Baru beberapa hari lepas sy asyik terfikir je pasal accident..Particularly about satu kes membabitkan sorang budak prempuan dr Langkawi yg baru berumur 17 tahun ..Namanya Yasmin Hunwick. Pernah trending dkt twitter bulan lepas..Dah meninggal pon org nye. Ntah kenapa kemalangan arwah Yasmin berlegar-legar di fikiran sy malam tu...Mungkin ada petanda dr Allah.

So, the next day sy call cousin my yg ddk dkt Penang..Suddenly dia bukak cerita kata atok kami kemalangan dekat kampung. barulah sy tahu, tapi musykil jugak kenapa mak sy don't even bother to tell me about this news? Entah la..Jadi, menurut kazen sy, dia & suami nak balik kampung melawat atok ari sabtu dan balik semula ke Penang ahadnya.

Jadi pada Ahadnya sy decide nak call my kazen tu nak bertanya details about our atok pnye eksiden...But she didn't answer the call..Finally, sy call dia lagi skali, just now. Rupe-rupenye dia dan suami terlibat dalam accident semalam dekat area Juru lepas balik dari melawat atok di kampung..MasyaAllah, banyak nye dugaan di bulan puasa ni..Nasib baiklah setakat cedera ringan..Tapi kereta remuknya teruk jugak la.


 kereta yg remuk ;___;



habis semua bengkang-bengkok ;___:



Front view, so belah driver la yg teruk remuknya. No wonder si hasben smpai patah tangan



nasib baik boleh repair tp mkn masa 2 bulan jgk la..*kudos to mak/pak mentua my kazen yg bergegas dtg dr Pahang bile dgr dorg eksiden*


Menurut cerita, si hasben yg drive while the wife tidur. kereta depan tiba-tiba berhenti sebab habis minyak so since dah dekat sangat tak sempat nak brek...dengar citer kereta yg kena langgar tu lagi teruk remuknya,total loss trus...*moral of da story, dah taw minyak nak abis sile topap cepat2 ye..takpun drive kat tepi2 drpd terbhenti tengah jalan n menyusahkan orang*..Dah la tak dapat claim Insurans.

Keretanye pon sbnarnye baru je tahun lepas beli..sayang sungguh..sebenarnya ni dah kali ke-3 dia eksiden tapi kali ni nampak gaya memang teruk la....Dulu slalu jgk ronda-ronda jalan-jalan cari pasal naik kreta ni la...Nak repair kena tunggu 2 bulan baru siap.*nasib baik boleh repair*..Anyway, Alhamdulillah takde sesape yg injured teruk sgt *tp si hasben patah tangan*, baik atok or my kazen...sy doakan semoga mreka cepat sembuh~




p/s: Alamat balik raye first lepas kawen ni naik bas jela laki bini. Nasib baik sempat beli sblm tiket abes :)










Sunday, July 29, 2012

Happy 21st Birthday!

Assalamualaikum....
Ramadhan al-kareem :)

So, today is actually my friend a.k.a my room mate 21st birthday..Kire she is like 2 years younger than me la..*sob,dah tua rupenye*..So something special actually happened last night, tepat pukul 12am..A surprised for her from someone special, faraway from Singapore!

Last night I heard someone ketuk pintu, tapi sy buat2 tak tau je..hehe..Tapi org tu ketuk skali je.so I thought myb takde pape kot...30 minutes later, my rumate *d one yg smbut Bday* dragged me to see something in front of our room door..Rupe-rupenye ade satu beg hadiah special for her..haha..sy pon tumpang excited.

so, this is my rumate and next to her is d beg hadiah yg disebut-sebut..Special gift dr S'pore y'all :D



Ini hadiah yg someone special tu kasi to her..A super fluffy big teddy bear and chocolate! *wassup wif guys n chocs eh?lol*



I gave her a gift too :D *Jenuh nak balut wo kotak tu..haha* A pink teddy bear!



Ini lah hadiah dr sy utk dia...Teddy bear n birthday card..*tu je yg mampu..hoho*



Yg light brown from someone special yg pink from special friend..ahaks *knape la sy mst nak kasi teddy bear jgk eh?*



Terbalik pulak, yg pink kad from si dia yg blue one was from meh!



ucapan dr si dia :)..Ini personal but I already asked permission from her to post it here..Bcos it's so sweeeet!



papa bear & mama bear..*momma bear is a bit overweight tho..hiks*


FYI, the Singaporean dude yg fall head over heel for my friend ni berjiwa artistik sikit...Buktinye, baru-baru ni si dia tulis n nyanyikan sbuah lagu ditulis khas utk my friend, tajuknya Puteri.His singing voice pon memang not bad la! Mcm record kat studio pon ade. But the feeling is mutual, my friend ekceli mmg dah terpikat dgn si dia ni pon. Katanye disebabkan memang ternampak effort dan kesungguhan dr si dia :)

Well kalau ada jodoh memang tak ke mana kan..Despite ape jua dugaan yg datang melanda..I wish them all the best. Kalau memang sudah termaktub jodoh mereka di loh mahfuz, doa sy utk mereka semoga "Together forever until Jannah"~

p/s: Welcome to adult world my lovely ukhti! Semoga menjadi wanita solehah~

Wednesday, July 25, 2012

Patah tumbuh, Hilang berganti

Renungan bulan Ramadhan : )


ARKIB : 14/02/2005

Ibu pelik 4 anak berbaju merah pada hari nahas

IPOH 13 Feb. - Ibu kepada empat mangsa yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya dekat Gerik Jumaat lepas terkejut apabila keempat-empat anaknya memakai baju berwarna merah sebelum memulakan perjalanan mereka pada hari kejadian itu.

Che Saleha Che Abdul Rahman, 50, berkata, beliau tidak tahu kenapa keempat-empat anaknya yang terbunuh itu memakai baju merah pada pagi kejadian untuk balik ke rumahnya di Sitiawan dari Kota Bharu.
``Dua lagi anak saya tidak pula memakai baju merah. Saya merasa pelik, tetapi saya tidak bertanya kenapa mereka berempat pakai baju merah kerana ia mungkin kebetulan,'' katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 1 petang itu di Kilometer 9.1 Lebuh Raya Timur-Barat, kereta Mercedes Benz E220 yang dinaiki empat beradik itu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan tersebut menyebabkan kereta berkenaan remuk.

Mereka yang terbunuh adalah pemandu kereta Intan Mazwin Mohamad Imran, 26, pegawai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur; Intan Maszmin, 25, pegawai di Jabatan Alam Sekitar (JAS) di Putrajaya; dan Intan Syafarin Hanni, 23, penuntut tahun tiga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi anaknya, Intan Syafinasz, 20, pelajar tahun satu Universiti Malaya (UM) meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gerik.

Pada waktu kejadian, kereta tersebut mengekori kereta yang dipandu suaminya, Pegawai Memerintah KD Pelanduk di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Kapten Mohamad Imran Abdul Hamid, 50, yang dinaiki bersama Che Saleha serta dua lagi anaknya Intan Maszlin, 24, dan Muhd Syaiful Amri, 13, yang dalam perjalanan dari Kota Bharu ke rumah mereka di Sitiawan.
Che Saleha berkata, pada malam sebelum kejadian ketika mereka di Lundang, Kota Bharu, Intan Syafinasz yang memakai baju putih ada memberitahu seorang sepupunya beliau merasakan seperti memakai kain kapan.

``Anak kedua saya (Intan Maszmin) dulu pernah berseloroh... kalau kita ni terlalu baik, kita akan pergi awal. Waktu itu kami sekeluarga tidak terfikir apa-apa dan kami tergelak,'' katanya.
Che Saleha yang merupakan pengetua Sekolah Menengah Batu 10, Lekir dekat Sitiawan berkata, Intan Maszmin sepatutnya bertunang pada Jun ini dan bakal tunangnya turut hadir pada majlis pengebumian semalam.
``Mungkin dengan pemergian mereka, iman saya lebih kuat dan menjadi lebih sabar,'' katanya.
``Bagaimanapun, saya pasrah dengan ujian tuhan ini. Saya bersyukur kerana dikurniakan anak-anak yang taat kepada ibu bapa. Memang anak-anak saya sejak kecil dididik dengan pendidikan agama dan diberikan penekanan oleh suami saya.

``Mereka cemerlang dalam akademik dan sangat rajin sewaktu di rumah. Kini mereka sudah tiada dan hanya tinggal dua orang anak saya sebagai pengubat hati,'' katanya.
Katanya, beliau akan tetap tinggal di rumahnya di Lot Pegawai Kerajaan, Jalan Tazali, Sitiawan bersama kenangan anak-anaknya di rumah itu.
Mengulas mengenai kejadian hari itu, Che Saleha berkata, selepas beliau meninggalkan suaminya yang mahu bersolat Jumaat di sebuah masjid di Gerik, beliau dan Intan Maszlin telah pergi ke sebuah gerai buah-buahan kira-kira 100 meter dari masjid berkenaan.

``Saya tunggu anak saya tak sampai. Tiba-tiba ada seorang lelaki Cina berhenti dan bertanya kepada orang di gerai itu, balai polis paling dekat. Dia kata ada kemalangan dua kilometer dari gerai tu.
``Saya dengar dan saya tanya kereta apa. Dia kata kereta hitam dan nampak perempuan Melayu pakai tudung... saya syak anak-anak saya. Saya minta orang Cina itu tolong bawa saya ke tempat itu.Bila sampai, saya tengok memang anak-anak saya. Waktu itu ramai orang di situ. Saya cuba pergi kepada anak saya, tetapi orang ramai halang saya dan tenangkan saya. Saya nampak Intan Syafinasz di sebelah pemandu masih hidup, nyawa-nyawa ikan,'' katanya. - Bernama


Pn.Hajah Che Saliha ni sebenarnya bekas pengetua sy masa sekolah menengah dulu.Teringat masa tragedi ni berlaku, warden asrama siap bagi pengumuman melalui sistem P.A....Kesian sangat dkt pn.pengetua yg kami panggil sebagai bonda ni. Daripada 6 org anak, tinggal 2 org je..seorang lelaki, seorang perempuan.

Bayangkan sedihnya kehilangan anak bukan setakat seorang dua tapi 4 orang serentak meninggal dunia. Tak dapat sy bayangkan macam mana luluh nya hati bonda pengetua masa tu. Tapi, tidak akan pernah Allah turunkan dugaan yg tak mampu kita tempuhi, betul tak. Jadi, bonda pengetua ni dah tentu tersangat kuat dan cekal orangnya.

Tragedi tu berlaku sekitar tahun 2005.Time ni sy baru form 3..So dah 7 tahun berlalu rupanya..Bonda pengetua pon sekarang dah lama bersara..Anak perempuannya pon dengar khabar dah kahwin, dah dpt anak pon..So bolehlah serba sedikit menjadi pengubat luka di hati bonda :)...

Harapan sy agar bonda kekal tabah dan bahagia setiap hari dlm hidup beliau bersama keluarga tercinta. InsyaAllah, suatu masa di syurga kelak bonda akan disatukan kembali dengan anak-anak kesayangan bonda yg telah pergi terlebih dahulu.Amin.




p/s: teringat time skolah dulu, kalau hantar kad raya dkt bonda, mesti dpt duit raya rm10..kdg2 siap reply balik kad raya..:)

Monday, July 16, 2012







Puisi Cinta Ilahi


Allahu Robbi, kupinta izin 
bila saat aku jatuh cinta 
Jangan biarkan cinta untuk-Mu berkurang 
Hingga membuat lalai akan diri-Mu

Allahu Robbi, kupunya pinta 
bila suatu saat aku jatuh cinta
Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu yang tiada batas  
Biarkan rasaku pada-Mu tetap utuh.

Allahu Robbi, kupunya harap,  
bila suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Pilihkanlah aku seseorang yang hatinya penuh dengan kasih-Mu...
Sehingga membuatku semakin mengagumi-Mu

Allahu Robbi, kupunya asa 
bila suatu saat nanti aku jatuh cinta 
Berilah kami kesempatan untuk lebih dekat akan cinta-Mu

Allahu Robbi, akhir pintaku seandainya kujatuh cinta 
jangan Kau palingkan wajah-Mu dariku, 
anugerahilah aku Akan cinta-Mu yang tak pernah pupus
Oleh waktu karena begitu berartinya hadirnya cinta-Mu
Dalam hidupku……



 p/s: and no, I'm not in LOVE...yet :)..Just sharing this awesome poetry by Ahmad Nayar



Source:  https://syaircintakoe.wordpress.com/2012/05/30/puisi-cinta-illahi/

Saturday, July 14, 2012

KITTIES AT GRANNY'S :D


Actually i am one of that person yg like kucing so very freaking much...Kalau boleh nak cuddle-cuddle je semua meow yg ternampak dek mata..Malangnya semua kucen yg ddk dkt UIA ni sombong-sombong belaka..Almaklumlah duduk dekat U..Amek course ape gamaknye..mwahaha..

This time nak share photos of kucen-kucen at my granny's house..Mostly kuceng liar yg datang tanpa diundang yg dtg menetap kat sane..*klau byr sewa xpe gak kan..mkn free plak tu*....Ade yg mesra boleh dipegang, ade yg penakot yaa hamat..Adelah dlm 5-6 ekor jugak kot :p



 Yep..It's a Bengal cat...yg datang tanpa diundang and menjadi permanent tenant of the house :p



 meooowwww ^^,~



Moody cat is moody :<



Chaak!!



5 ekor je yg dtg..Tapi ade lagi yg egoistik tak mau datang..hiks



Buat scene jejak kasih kejap..taktik nak raih simpati masyarakat kat atas rumah supaya kasi food :p



Sangat gigih si meow-meow ni mengeow-ngeow nak mtk makanan.



 Buat scene Puss in the boot yg mata bulat tu pulaak..X jadik la,bluuek.. :D



Kami kuceng kampong yg tough!! Minom air lopak je pon takde hal :>



Meow main wink-wink pulaak ^_-




This time just some photos of the cats at my opah & atok house...Kucing baka bagus-bagus pulak tu yg orang tak mau mencari tempat berteduh di teratak usang mereka..But we do have some cats also back in my house..Gonna post their photos next time aje la..



p/s: Teringat kat sekor kuceng gebu lagi mesra yg selalu lepak kat depan bilik time duduk level 4 Blok C..Dah arwah pon meow nye TT___TT



Friday, July 13, 2012

Steamboat at Johnny's :D


So, last Thursday lepas abes kelas Arab, my friend and I terus bertolak ke Jaya Jusco Wangsa Maju Semata-mata nak try their infamous steamboat.Actually dah plan a few days before tapi ari Khamis baru free nak pergi. So dengan ayu n sopan berbaju kurung sambil menggalas beg berisi buku, kami pon menapak ke JJ.

First time nak masuk Johnny's rase macam gubra sikit..coz tmpt tu kat ala-ala high class sket..So first2 disapa mesra by the door man(?)..Sekali dia bantai speaking english *gulp*....Anyway, last2 kami pilih seat paling front yg dpt tgk org lalu lalang kat luar tu :D.. *bukan kami je yg tgk org kat luar,org kat luar pon tgk kami kat dalam..haha*


Siyes cakap, kitorang memang mcm rusa masuk kampung..Tercangak-cangak about what to do.Camane nak order, camane cara nak makan steamboat ni and all sort of things la..Last-last order jugak STEAMBOAT SET B (for 2), Soft drink Pepsi and Strawberry...Nak order kena isi macam form plak tu...Selesai order, waiter tu tuang some kind like broth dlm periuk yg sedia ada atas meja tu dan hidupkan benda yg mcm penunu bunsen tu *mcm dapur gas la senang*...



Proof shot that we've been to Johnny's okayyy...hoho



ada sayur kobis, kailan,daging ayam,daging burger(?),sotong,meatball,telor,shitake :p



lagi dapat udang,mihun, tofu telur yg lembut tu :p



Campakkan kesemua bahan-bahan tadi dalam periuk ni..mwahaha..Kejap je dah masak!



wallah! Can you see d udang,meatball,shitake dll...yang kemudiannya selamat disemadikan di dlm perut kami.:D



The total price was RM39.10...Sepatutnya RM33.70 jer tapi lepas dah add service charge+govt tax sampai RM5 so kene la bayar dkt RM40 jgk..Nasib baik x order benda lain X__X




Anyway, melepas sudah kempunan nak makan steamboat..Next visit to Johnny's?Lagi beberapa tahun kot..hohoho..*moral of the story, next time nak pergi dine in kat tempat fancy-fancy sile bawak bersama org yg arif pasal bab-bab ni okay...hiks*



p/s: Last-last pergi dkt food court sebelah tapaw nasi putih+sup tulang for dinner pulak...sup tulang kat situ siyes sedap!

Monday, July 9, 2012

SUGAR GLIDER------Suggies



Pernah dengar tak sejenis binatang yg dipanggil sugar glider? Binatang ni memang la kiut nak mampos, tapi klau tengok harga, ko pon akan rase mcm nak mampos...*tskk ganas sungguh bahasa..* Anyway, I crossed path with this animal since one of my friend become interested untuk bela this thing..


Sy sendiri penah bela hamster..Kalau setakat hamster beli dekat petshop pon dalam rm10-rm20 dah boleh dapat. But this thing, paling murah pon harga dekat rm200-rm300 seekor..Nak pulak de kene ade kawan. So, korang kene beli in pair..So burn dlm RM500-RM1000 jugak..Sanggup kah korang berhabis sebanyak itu semata-mata utk haiwan kenit tersebut?

Anyway, hari tu lepak dgn my friend yg bela menatang ni..memang cute..Ni gambar yg sempat di snapped

Siap ade bubur khas utk nutrisi si manja..*iklan susu plak*..look at those cute little tongue..Kalau x silap dlm rm30 sebotol.



Owner kepada 3 ekor sugar glider yg dah x sabar nak om nom nom her megi ayam...hoho *Warning: food dkt Food court Wangsa Walk x sedap*



Satu rumah pon dok bela sugar glider..So here are their cages..Yang cage medium size pon dah harga puluh2..Yak hak gaban tu x tau la harga bape..hmmm,minat punya pasal



Can you see there's mcm extra kulit tu..Actually this thing ade mcm sayap so it can fly ala-ala tupai terbang tu..Sepupu sepapat dorang jugak la..*perasan batman letew nak posing tunggang tbalik*



Gambar paling tiut yg smpt disnapped..Baru bangun tidow..see those custom made bed n sheet..dorang even ade baju sndiri..*such a babyyy*



Siap ade bantal peluk sendiri okayy..korang mampu?? *hek eleh,bantal pelok je pon*



Dah freeze sbb kene flash kamera kot..Risau jgk kot2 dah buta ke, kene sawan ke..Mana nak cekau duit nak bayau ratus2..



Anyway, aku buat tekad yg aku tak mau membazir duit utk beli hewan mcm ni..Tapi Klau kuceng yg hak cumel-cumel, gebu-gebu,bolat-bolat tu sanggup jgk la..Boleh jgk buat kawan, peluk-peluk, sembang-sembang, gado-gado..Hak yang ni kalau hilang, menangis la kau seminggu..Dah la mahal...Tapi kalau anda rasa minat and mampu nak bela, maka teruskan lah niat murni anda tersebut.Kbai


p/s:Rindu dekat ex-hamster yg dah lame arwah..R.I.P Biggie.Miss ya T__T

Saturday, July 7, 2012

Tunang oh Tunang.......



Seronok jugak bile dengar berita ade kawan-kawan time zaman sekolah dulu dah nak bertunang la, kawen la even dah ade anak pon ade. Cepat sungguh masa berlalu. Tup-tap-tup-tap dah 6 tahun rupenye kami meninggalkan bangku sekolah..*but 4 years jela for me and kwn2 yg amek STPM :p*

This time nak cerita bout my another best friend punye majlis bertunang. I couldn't attend sebab kalau tak silap masa tu time exam. Kalau tak sanggup jgk redah balik kg semata-mata nak attend your majlis taw Tikah.

Inilah kawan baik sy, Noor Atika pada hari pertunangannya...Stay classy by memilih busana berwarna putih suci ;)..Cun okeyhh



Tersipu-sipu malu di depan bakal mak mentua..Doesn't we all did ?or will do..hehehe




Dulang hantaran..nampak mcm lagi well equiped compared to my kazen's..T___T...*Itu coklat syok weh blh mkn*


Pengantin and her mak or gramp or anyone else? I'm not sure lah..dah lame sangat x jumpe her mom




 bakal pengantin and her siblings.Semua perempuan yer.But one is taken already :p...Another two, no comment.



Anyway, congrats to Tikah coz sudah bergelar tunangan orang. I promise i'll attend your wedding next year  by hook or by crook..Pasni susah lah nak tour KL same2 udah jd bini org..



p/s: Bakal hubby takde kawan polis yg cakep2 ganteng2 ke?Boleh introduce kat aku...*bwahaha miang kot..Grad dlu cik Lyn oi bru pikir nak kawen!*

MARINA ISLAND...



Asal balik Lekir je favorite spot nak lepak mesti Tesco, wayang, Lumut, Marina Island. My favorite spot is Marina Island..Gorjes background klau nak tgkap gambar..Nowadays ppl can go to Pulau Pangkor from Marina Island bcos they've set up a jetty there..But still, you can go to Pangkor from Lumut.

Lumut, Teluk Batik and Marina Island ni located dekat-dekat je..Tapi Marina Island ni located next to Teluk Batik..Near the naval base TLDM tu...yg rumah flat byk2 tu...Kira one way la..Kalau saje-saje nak tengok laut boleh la dtg ke Lumut or Marina Island..But I prefer M.I better.Less crowded.


So, inilah jeti Marina Island yg ..kat sini ade secret recipe, karaoke..servis Sewa kereta Hertz pon ade..Tapi bisnes kat cni imo blom semaju dkt Lumut nun.



Fika n Ecah yg excited terlebey nak jalan2 kat tepi laut...Tapi panas maa :(..*Sape suh dtg time matahari tengah tegak atas kpala*



Dekat tepi jeti ni ade sebuah pantai kecik..Tak brape nak luas. tapi boleh la nak merasa main2 pasir.Dkt Lumut mane ade pantai camni dowh..



Kawan sapaa ni? *ayy chek maluuu*..Fika sempoi oh, pakai tracksuit je g jalan..Manjung tu ade ape la sgt..Len la klu kat KL kan..hoho...



Snapped gmbr p.cik nelayan yg tengah rempit sorang2 naik bot..dan dan je nak lalu kat situ kan....





 Masa time air pasang la korang dengan berani nye nak pegi lepak kat hujung bridge yg dah agak reput tu kan.Kalau jatoh ape nak kate? Dah la tinggi takat pokok bonsai je.



 Si Fika yg dlm senyap mengukir nama kekasih gelapnya di atas hamparan pasir...*pasni wa nak g report kat p.cik Alang.Dah ade bukti solid..nyahaha*



Ape motip snapped gmbar amoi2 n apex ni? The view peeps the view :p



Ni lg satu, ape motip snapped gmbr heroin2 Bollywood ni? Da la sorang tu tengah posing baek pnye B)



Anyway, kalau buat photoshoot gambar kawen kat sini cun taw..Lagi-lagi time remang2 senja..Tengok sunset gitu..*tp klau pegi solat maghrib kat masjid kan lg bagus *..Kbai!!


p/s: Tak pernah pegi Pangkor wlupon dekat...nooooobsss..*Ekceli penah tp time chomel2 ciken little*